INTRODUCTION WHEEL LOADER / SHOVEL LOADER SAFETY HANDLING TECHNIQUE
Wheel Loader Shovel Loader Safety Handling Technique Training. Wheel Loader merupakan sebuah jentera berat yang mana digunakan untuk kerja-kerja di quarry, reclamation, lombong pasir, pembangunan serta meluas digunakan untuk kerja dalam kilang.
Jentera ini berfungsi untuk mengangkut, memindahkan dan memuatkan bahan seperti pasir, batu, tanah dan bahan industri lain. Pengendaliannya memerlukan tumpuan, kemahiran dan pemahaman terhadap prinsip keselamatan kerana sebarang kesilapan kecil boleh membawa kepada kecederaan serius atau kerosakan besar terhadap harta benda.
Pekerjaan hanya tertumpu pada loading, unloading, clearing dan stacking. Untuk itu setiap pemandu harus mendapatkan latihan yang intensif walaupun jentera ini kelihatan mudah dikendalikan. Namun, jentera berat seperti wheel loader amat berbahaya jika tidak dikendalikan dengan betul dan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan. Banyak kemalangan di tempat kerja berlaku kerana kekurangan pengetahuan asas mengenai operasi mesin, sikap sambil lewa, atau gagal melakukan pemeriksaan sebelum dan selepas operasi.
Justeru itu, latihan ini diadakan bagi memastikan setiap pemandu mendapat pengetahuan dan kemahiran sebenar dalam mengendalikan wheel loader mengikut peraturan keselamatan kerja. Kursus ini juga memberi kesedaran tentang tanggungjawab pemandu terhadap keselamatan diri sendiri dan orang sekeliling serta bagaimana untuk mengelakkan kemalangan di tempat kerja dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang betul.
JANGKAMASA KURSUS : 1 hari
JUMLAH PESERTA : 10 –15 pax
METHODOLOGY KURSUS:
Kursus disampaikan dalam Bahasa Malaysia menerusi pembentangan slaid, tayangan video penerangan dan sesi perbincangan kumpulan. Pendekatan ini bertujuan membantu peserta memahami teori dan konsep keselamatan dengan lebih mudah melalui visual dan perbincangan interaktif.
Di akhir latihan, setiap peserta dikehendaki melakukan latihan amali mengikut kaedah pengendalian sebenar di tapak kerja. Sesi amali ini membolehkan peserta mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam suasana sebenar, termasuk teknik pemeriksaan jentera, kaedah mengawal pergerakan, serta langkah pencegahan kemalangan. Peserta juga akan diberikan maklum balas terus daripada jurulatih bagi memastikan setiap individu memahami dan mampu melaksanakan tanggungjawab dengan selamat.
COURSE OUTLINE
Sesi pagi : 9.00am — 3.00 pm
Pengenalan kursus: Sesi suaikenal tujuan dan matlamat kursus.
Keselamatan dan kemalangan :
- Pengenalan akta dan undang undang
- pengendalian mesin dalam kilang
- Pengertian keselamatan secara umum.
- Persediaan sebelum memandu
- PPE
Kemalangan
- Aspek dan implikasi
- Peraturan memandu wheel shovel/Shovel loader
Punca kemalangan :
- Tindakan tidak selamat.
- Incident dan accident ditempat kerja.
Peraturan dan akta pemanduan
- Penafsiran dan keperluan akta
- Kawajipan pemandu
- Persediaan memandu.
Pengenalan jentera Wheel Shovel
- Apa yang dimaksudkan wheel shovel/Shovel loader
- Kemudahan dan alat kelengkapan kerja shove
Sesi petang : 3.00 pm – 5.00 pm
- Striktur binaan wheel shovel.
- Sistem pengewalan pemanduan
- Kaedah pengendalian – cara kerja shovel
Persedian memandu
- Preventive maintenance
- Pemeriksaan dan laporan kerosakkan.
Latihan Praktikal
- Latihan memandu sebenar di tapak kerja.
Sesi soal jawap dan analisa kursus.
Penutup kursus.


