Main Training Program

KEMAHIRAN KOMUNIKASI & BIMBINGAN RAKAN SEKERJA

Share:

 

INTRODUCTION FOR KEMAHIRAN KOMUNIKASI & BIMBINGAN RAKAN SEKERJA

Pembimbing Rakan Kerja (PRS) merupakan seorang pekerja yang terlatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan bimbingan.  PRS berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan-rakan sekerjanya, menggalakkan hubungan peribadi yang erat dan mempengaruhi rakan-rakan sekerja untuk meningkatkan tahap komunikasi dan prestasi kerja.  Sistem Pembimbing Rakan Sekerja ini, kalau diamalkan secara meluas dalam organisasi, tentu akan dapat mencepatkan penerapan pekerja baru ke dalam budaya kerja organisasi, meningkatkan perhubungan baik diantara pekerja, memupuk semangat bekerjasama, meningkatkan kesedaran kualiti dan keselamatan serta dapat memberi lebih kepuasan kerja kepada masyarakat pekerja.

Seseorang PRS yang berjaya, merupakan seseorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat untuk memperbaikan prestasi kerja rakan-rakannya.  Bukan sahaja dia mesti fasih dengan amalan-amalan organisasi, budaya kerja dan proses komunikasi dalam organisasi, tetapi PRS mesti dilatih dalam kemahiran asas komunikasi, kemahiran menolong dan bimbingan.  Kursus ini direka khas untuk melatih pekerja-pekerja untuk menjadi seorang Pembimbing Rakan Kerja yang berkesan.  Ia membekalkan peserta dengan prinsip-prinsip hubungan sesama manusia, proses ‘follow-up’, teknik berkomunikasi dan bimbingan yang berkesan.  Kaedah pengajaran kursus ini termasuk perbincangan berkumpulan, latihan ‘bermain peranan’, video, kuiz, ujian lisan. Kursus ini merupakan program latihan dasar untuk semua pekerja-pekerja sebelum mengambilalih tugas Pembimbing Rakan Kerja.

 

COURSE OBJECTIVES

Selepas menghadiri kursus ini dengan penyertaan aktif, peserta akan dapat …

  • Memahami peranan & tanggungjawab Pembimbing Rakan Sekerja (PRS) yang berkesan
  • Memahami kepentingan & faedah fungsi PRS kepada organisasi
  • Belajar kemahiran-kemahiran “Berkomunikasi” yang berkesan
  • Belajar ‘Kemahiran Menolong’ yang berkesan
  • Menggunakan Prinsip ‘L.E.A.P’ semasa menghadapi ‘orang yang menyusahkan’
  • Belajar kemahiran melatih rakan sekerja semasa O.J.T dan memupuk nilai-nilai kerjasama berkumpulan

 

WHO SHOULD ATTEND

Kursus ini sesuai untuk:

  • Line Trainer, Ketua Kumpulan  & Operator Pengeluaran, terutama mereka yang diberikan tugas sebagai rakan sekerja (buddy) kepada pekerja-pekerja baru.

 

METHODOLOGY

Untuk menambahbaik pembelajaran peserta, kaedah pengajaran seperti berikut akan digunakan:

  • Kuliah & Perbincangan dalam kumpulan kecil
  • Latihan individu & kumpulan
  • Video & memainkan peranan
  • Kes-Kes Belajar

 

DURATION

Kursus ini akan mengambil selama : 2 hari  (Masa:  9.00pagi – 5.00 petang)

 

COURSE CONTENT

1. Pengenalan

  • Objektif kursus
  • Apa dia Pembimbing Rakan Sekerja (PRS)?
  • Peranan & Tanggungjawab PRS
  • Faedah sistem PRS
  • Fungsi PRS dalam organisasi.

2. Kemahiran Asas Hubungan Sesama Manusia

  • Kenapa orang lain mahu bekerjasama dengan kita?
  • Apa itu Akaun Bank Emosi (ABE)?
  • Prinsip-prinsip asas interaksi dengan orang lain:
    • Fokus pada isu-isu & tingkahlaku
    • Jaga keyakinan diri & harga-diri orang lain
    • Kekalkan Hubungan Konstruktif dengan orang lain

3. Kemahiran-Kemahiran Komunikasi

  • Penerimaan
  • Mendengar secara Aktif
  • Cuba Faham Dahulu
  • Pendengaran Empati
  • Menyoal
  • Memberi nasihat & menjelaskan
  • Menyimpul & menjelaskan.

4. Kemahiran Menolong

  • Apakah itu stress?
  • Asal usul stress di tempat kerja.
  • Bagaimana menangani ‘orang yang menyusahkan’
  • Penggunaan Prinsip ‘L.E.A.P’.

5. Melatih Rakan Sekerja Semas O.J.T

  • Cara menglibatkan orang dalam penyelesaian masalah.
  • Bagaimana menggalakkan lebih cadangan & idea-idea peningkatan mutu?
  • Teknik membantu latihan semasa O.J.T:
    Beritahu (tell)
    • Tunjuk (show)
    • Buat (do)
    • Maklumbalas (feedback).

6. Latihan-latihan

  • Kuliah & Perbincangan kumpulan
  • Latihan individu & berpasukan
  • Kuiz & ‘Game’
  • ‘Video’ & Latihan ‘bermain peranan’

How To Submit an Enquiry to Us?

  1. Fill in the form below and submit to us.
  2. Initiate a conversation via live chat on the bottom left of our website by stating: “Hi, my name is [your-name]. I’ve already submitted the form for this training.”
  3. We’ll promptly reach out to you regarding the training you’re interested in.

Program Enquiry Form

    ORGANIZATION DETAILS






    PERSON-IN-CHARGE DETAILS




    FOR FURTHER INFORMATION, PLEASE CONTACT US!